Alhamdulillah
Saat menunggu kemasukan Pelajar Baharu (semester 1) pada semester ke - 2 ILP Perai dan pelajar lama (semester 3) bagi sesi kedua 2017 pada Isnin minggu hadapan, hari ini saya menerima 21 orang pelajar dari SMK Perai yang akan berkursus satu hari setiap minggu selama setahun di Kampus ini.

Pelajar Tingkatan 4 ini dari SMK Perai akan datang ke Bengkel saya setiap Khamis untuk menekuni kemahiran Pemasangan Dan Instalisasi Komputer. Mereka terdiri daripada pelajar yang kurang fokus dalam pembelajaran dalam kelas namun mempunyai minat yang tinggi kepada kerja-kerja kemahiran khussnya dalam bidang komputer. Mereka ini juga terdiri daripada dua kumpulan yang dipecahkan untuk mengikuti dua kursus di kampus institut ini iaiatu Bengkel kemahiran komputer dan bengkel Kimpalan.
Mengenal watak dan Identiti
Pelajar ini terdiri daripada sebilangan majoritinya pelajar India dan selebihnya pelajar cina yang mengikuti kursus di bengkel ini. Peringkat awal saya perlu mengenal watak dan identiti setiap pelajar-pelajar ini. Latar belakang yang saya peroleh daripada guru mereka akan merumitkan juga. Ada yang baru masuk ke kelas selepas 7 bulan menghilang diri, ada yang tidak dapat membaca, tidak mahu fokus dalam kuliah dan lain-lain latar belakang yang agk dikira menakutkan. Namun tidak dapat tidak , saya tidak boleh membelenggu diri saya dengan karakter-karakter yang diceritakan. Saya perlu mengenal sisi positif lain dalam diri mereka.
Paling penting saya perlukan beberapa kaedah pengajaran kemahiran yang baik :
- Penetapan tujuan, perencanaan pengakaran dan pengurusan kuliah dan bengkel.
- Cara Memotivasi dan berkomunikasi.
- Berhubungan secara efektif dengan pelajar yang mempunya latar belakang dan sikap yang berbeza.
- Paling penting kena tahu cara menggunakan teknologi yang tepat semasa kuliah.
Bina Suasana Menyenangkan
Kumpulan ini saya namakan sebagai Kumpulan "Flashlight". Hahaha.
Saya perlu menyuluh potensi mereka supaya mereka faham tentang halatuju mereka. Sebahagian mereka mempunyai potensi yang belum digilap. Biasanya kumpulan ini selalu menjadi kumpulan terpencil dan tercicir dalam kumpulan pelajar khususnya selepas mereka menduduki SPM. Sebahagian mereka yang sudah memasuki Universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti, yang berbaki kumpulan ini yang selalu tercicir dan tidak diurus potensi lain untuk mereka.
Maka dengan keazaman ini biarlah kami Guru ILP yang cuba menyuluh potensi mereka.. Hehehe
Pasang lagu Flashlight kat depa sebelum mula kelas.
Memancing Minat
Saya mulakan Bengkel saya hari ini dengan memancing perhatian mereka kepada Minat dan Mengurus pandangan sikap. Saya kaitkan mereka dengan menayangkan video I Hate My Sister Short Film dimana adiknya sangat membenci kakaknya cemburu melihat kejayaan kakaknya. Pada diarinya ditulis perkataan benci pada kakaknya sehingga memenuhi setiap lembaran halaman diarinya. Kebencian yang meluap-luap menyebabkan setiap huruf kebencian itu mula meledak menjadi seekor Raksasa yang bakal memusnahkan kakaknya. Boleh tengok terus videonya ya.
Moral cerita ni saya nak kaitkan , selagi mana kita meletakkan perkataan benci samada pada sesorang atau pada subjek matapelajaran yang kita belajar. Perkataan BENCI ini akan semakin menebal dan bakal memusnahkan peluang kita untuk menguasai matapelajaran tersebut. Moga pancingan minat kali pertama ini boleh mengarahkan mereka kepada apa yang ingin di ajar hari ini.
Kaedah V.A.K + Digital
Kalau dikira hari ini, bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari , saya membahagikan kaedah pengajaran saya kepada 80 peratus teori dan 20 peratus Latih amal. Sengaja saya membahagi kaedah begitu sebab saya nak luangkan masa bersembang dengan mereka sebenarnya. Bermula minggu depan peratus ini akan berubah kepada 80 peratus latih amal dan 20 peratus teori.
Saya sedang menyusun langkah bagaimana nak mengajar kemahiran kepada mereka ini dengan kaedah "Accelerated Learning". Jadi saya cuba latih mereka suapaya mereka dapat fokus potensi dari sumber pancaindera mereka menjadi tiga indra yang dominan iaitu VAK :
Visual = Penglihatan
Auditori = pendengaran
Kinestetik = gerak
Kebanyakan dari meraka ini secara majoriti dominan dalam ciri kinestatik. Jadi saya cuba pelbagaikan dengan kaedah visual seperti dengan tayangan video, Auditori dengan cuba banyakkan berkomunikasi walau lari dari topik, kemudian meraikan cara belajar mereka secara kinestatik dengan memberi peluang mereka menyentuh setiap alatan dan komponen komputer.
Saya juga cuba kaitkan dengan kaedah digital dengan cara membiasakan mereka menggunakan komputer dengan permainan digital. Saya perkenalkan mereka dengan permainan PC Building Simulator. Permainan ni masih di peringkat demo. tapi bagi pelajar pemula agak elok untuk mereka tahu asas kedudukan peralatan dalam pemasangan sebuah komputer.
Pembaca budiman yang berminat, boleh layari link ini untuk muatturun permainan ini di sini : PC Building Simulator
Boleh tengok video-video kemaskini berkenaan permainan Simulator ini di bawah.
video PC Simulator
20 peratus Latih Amal.
Setelah agak lama memperkenalkan setiap peralatan peripheral komputer luaran dan dalaman, dalam satu jam terakhir sebelum bengkel tamat, saya benarkan mereka menyentuh dan menggunakan komputer di hadapan mereka.
Teruja benar mereka bila dapat menekan butang power pada CPU untuk dijalankan operasi sistemnya. Insya Allah , minggu hadapan kita akan sama-sama berlatih amal merakit pemasangan komputer dengan 80% latih amal. 20% lagi kita sembang bab bisnes komputer.. Hahaha.
"Sedia Belajar, Mengajar dan Diajar"
Afzan - MuallimPC
13.07.2017
Makmal Perkakasan
Jabatan Teknologi Komputer Sistem
Institut Latihan Perindustrian Perai.

Rekod tulisan cakar Ayam saya..... Hahaha |

No comments:
Post a Comment