Pesan almarhum Umar Tilmisani - "Hikmah asy-syuyukh, fi hamasah asy-syabab." yang membawa maksud - "Kebijaksanaan orang tua, di dalam semangat anak muda."
Orang muda selain perlu punya banyak rakan seangkatan, perbanyakkan juga kenalan daripada para veteran kehidupan.
Luangkan masa rajinkan diri untuk menyedut hikmah dan kebijaksanaan yang ada pada mereka, bersama pengalaman dan pengajaran yang mereka ada, buat pedoman orang muda meniti hidup menggendong perjuangan, supaya tidak berulang kesilapan-kesilapan lama, menjadi pelengkap kepada semangat membara orang muda.

Lama sungguh tak menziarah Baba Ghazali Ab Rahman .
Baba merupakan aktivis Wadah & ABIM yang mempunyai pengalaman yang sangat luas di zaman mudanya. Bermula aktif dalam Gerakan Ar-Rahmaniah semasa pengajiannya di Kolej Islam Malaya , kemudian menjadi aktivis PKPIM (Baba selalu sebut PKPI ) ,
.
.
Kemudian Merentas negeri beraktivis melalui KPIJ di Johor kemudian KPIP di perak, kemudian kembali semula ke menabur bakti di Kelantan.
Anak-anak muda dalam PPPIK -Persatuan Pembimbing Pelajar Islam dan ABIM Kelantan merupakan sebahagian yang menerima tarbiyyah daripada baba.
.
.
Nota : Menulis untuk merakam kembali sejarah.
No comments:
Post a Comment