Tuesday, 22 January 2019

Merantau seorang diri ke benua China

Hari ni bawa budak ni berjalan-jalan ke Sunway Carnival.. nampak macam pergi Beijing pula. Layan lah lagu cina kat bawah ni..

Sunday, 30 September 2018

AKSIOMA : 🔥 Gelombang Bibliophilia : When September Ends 🔥





Sempena ðŸ”¥ Gelombang Bibliophilia : When September Ends 🔥 , Saya menyahut seruan ini dengan memilih Buku AKSIOMA yang ditulis oleh Datuk Jaafar Abd Rahim untuk saya kongsikan dalam segmen ini.


AKSIOMA membawa maksud berharga atau sesuai atau dianggap terbukti dengan sendirinya, amat bertepatan dengan kandungan didalam buku ini yang mengandungi kompilasi 75 buah esei yang membicarakan persoalan kehidupan berkaitan aspek sosial, politik, kebudayaan, agama, sejarah, kesusasteraan, pemikiran, dan falsafah. Kepelbagaian persoalan kehidupan itu dijawab secara tuntas melalui idea penulisan dan pemikiran kreatif Datuk Jaafar Abd Rahim.

Friday, 28 September 2018

DIET GAYA OKINAWA

Sumber : Superfoodly

Pernahkah anda mendengar tentang Okinawa? Jika anda mengikuti sejarah Perang Dunia ke-2, tentu anda biasa dengan pertempuran Okinawa (battle of Okinawa) yang sebahagiannya telah dilakonkan semula di dalam sebuah filem bertajuk Hacksaw Ridge.

Kita tidak ingin bercakap tentang perang tetapi berkenaan satu fakta yang sangat menarik tentang tempat ini. Okinawa adalah sebuah pulau yang terletak di Kepulauan Ryukyu, Jepun. Ia dikatakan sebagai kawasan dengan jangka hayat paling tinggi di dunia. Purata jangka hayat rakyat Malaysia ialah 75 tahun manakala Jepun ialah 84 tahun dan penduduk Okinawa berumur lebih 100 tahun adalah 5 kali ganda lebih banyak berbanding kawasan lain di Jepun.

OKINAWA DIET

Gaya hidup dan pemakanan penduduk di pulau ini telah lama diperhatikan serta dikaji memandangkan jangka hayat mereka sentiasa mendahului kawasan lain di dunia. Apakah sebenarnya rahsia mereka?

Pemakanan atau diet! Ini adalah antara faktor utama.

Lalu, apakah yang mereka makan?