Sempena π₯ Gelombang Bibliophilia : When September Ends π₯ , Saya menyahut seruan ini dengan memilih Buku AKSIOMA yang ditulis oleh Datuk Jaafar Abd Rahim untuk saya kongsikan dalam segmen ini.
AKSIOMA membawa maksud berharga atau sesuai atau dianggap terbukti dengan sendirinya, amat bertepatan dengan kandungan didalam buku ini yang mengandungi kompilasi 75 buah esei yang membicarakan persoalan kehidupan berkaitan aspek sosial, politik, kebudayaan, agama, sejarah, kesusasteraan, pemikiran, dan falsafah. Kepelbagaian persoalan kehidupan itu dijawab secara tuntas melalui idea penulisan dan pemikiran kreatif Datuk Jaafar Abd Rahim.
Penulisan buku ini dibuat dengan menggunakan bahasa yang mudah serta disampaikan dengan bukti dan hujah yang dapat dipertanggungjawabkan.
.
Secara asasnya, buku Aksioma dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu pemikiran, sosial, keilmuan, belia dan politik. Setiap bahagian mengangkat idea yang meluas dan kompleks.
.
Menerusi Aksioma, penulis berusaha mengajak pembaca agar dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Dengan cara itu dapatlah kita membina masyarakat yang berpemikiran tinggi, berilmu dan berperadaban.
.
Buku ini sebenarnya membawa kita kepada satu pengembaraan melalui pembacaan yang sangat bermakna sehingga kita dapat berkenalan dengan tokoh-tokoh besar bukan dari segi batang tubuhnya, tetapi gaya berfikirnya.
.
Antara artikel terbaik dalam Buku ini pada saya adalah Artikel dalam Bahagian Pemikiran yang bertajuk Pemikiran Strategik & Kreatif Dr Mahathir (Aksioma ; Mukasurat 33) . Topik ini mengetengahkan pemerhatian penulis kepada cara pemikiran Strategik & Kreatif Tun Dr Mahathir khususnya sewaktu beliau berkhidmat selama 20 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia.
.
Apatah lagi hari ini , Tun Mahathir sekali lagi diangkat sebagai Perdana Menteri dalam usianya 93 tahun menjadikan artikel ini merupakan satu pemerhatian yang sangat berharga untuk kita hayati. Dari pemerhatian penulis, Perubahan, kreativiti dan inovasi Tun Mahathir yang dilakukan berasaskan sekurang-kurangnya 11 gaya berfikir yang beliau (Tun) ubahsuai daripada pelbagai teknik gaya berfikir orang termasyhur dunia.
Bersama Penulis : Datuk Jaafar Abd Rahim |
11 Gaya berfikir Tun ini disusun secara Teknik pemikiran yang sangat efektif untuk diamalkan dan disesuaikan dengan cara kita berfikir hari ini melalui 2 tool utama pemikiran iaiatu Pemikiran Logik dan Pemikiran Kreatif..
Pemikiran Logik tersebut yang terdiri daripada :
1.pemikiran Konvergen,
2. Analisis,
3. Strategik dan
4. Rentas Berani atau berisiko.
.
Manakala Pemikiran Kreatif yang terdiri daripada :
5. pemikiran mencapah (divergen) ,
6. Quantum Leap,
7. Imaginatif,
8. Visual,
9. Sinvergen,
10. Simbiosis
11. Consilience.
.
Melalui artikel ini juga, anda akan berkenalan dengan tokoh-tokoh pemikiran Strategik seluruh dunia yang dimanfaatkan oleh Tun Mahathir seperti :
1. Miyamoto Mushashi (Buku :Book Of Five Rings)
2. Sun Tzu (Art Of War)
3. Nicolo Machiavelli (Buku The Prince)
4. Atilla The Hun
5. Napolean Bonaparte
6. Edward De Bono ( Six Thinking Hat)
Dipenghujungnya penulis merumuskan tentang Formula pemikiran tun Mahathir iaitu :
Pemikiran Kreatif + Pemikiran Kritis + Kuasa.
.
Dan ia terbukti pada kemunculan semula Tun Mahathir ke arena politik dan kepimpinan Negara hari ini!!
Satu artikel ini pun sudah mencapah kepada banyak susur galur khazanah ilmu apatah lagi 70 artikel yang lainnya.
akhir kata , Selamat Membaca!!
No comments:
Post a Comment