Tuesday 30 December 2014

#NLP | 4 Teknik Hangatkan Perbualan

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Bagaimana hujung minggu anda? Pasti menarik bukan =)
Pada hari ini kami ingin kongsikan dengan anda cara-cara bagaimana menghangatkan perbualan yang dingin. Terdapat 4 teknik yang perlu diamalkan dan kata kuncinya ialah S.U.A.M.

Apakah maksudnya?




S = SOAL
Cuba perbanyakkan bertanya soalan. Apabila kita bertanya soalan, ia menunjukkan kita sungguh berminat untuk meneruskan perbualan tersebut dan ia akan memberi impak yang baik kepada interaksi tersebut.

U = ULANG SEMULA
Ulang semula kata kunci yang disebut oleh kenalan kita itu. Apabila kita mengulangnya kembali, ia menunjukkan apa yang dikongsikan oleh kenalan kita itu sampai maksudnya kepada kita.

A = ANGGUK
Pergerakan mengangguk-anggukkan kepala menunjukkan kita faham dengan apa yang disampaikan dan seterusnya menhidupkan perbualan tersebut.

M = MUKA
Pandang muka kenalan kita ketika dia sedang bercakap dan selaraskan memek muka dan perasaan dengan kenalan kita itu.

Menarik bukan?

Kami berharap agar teknik-teknik yang dikongsikan dapat menghangatkan komunikasi anda dengan sesiapa sahaja yang anda temui selepas ini.

Salam sukses!



Artikel berkaitan NLP ini saya peroleh dari emel yang dihantar secara berkala oleh Hj Fazly Yusof , Global Genius Consultant Sdn Bhd. Layari http://nlpmalaysia.net/ untuk maklumat lanjut.

** Saya akan menyertai NLP Grand Power Seminar pada 24 Januari 2015 bertempat di Auditorium UIAM Gombak. Maklumat lanjut layari : http://www.grandpowerseminar.com/

No comments:

Post a Comment