Wednesday 10 December 2014

#VisiUmmatik | Memahami Apa Itu Legasi

Bismillah.
Alhamdulillah.

Selawat dan salam kami sampaikan kehadirat Rasulullah, agar Engkau kirimkan untuknya, dan untuk keluarga , sahabat serta anak keturunannya, dan ummatnya Rasul hingga akhir zaman.

Dalam al-Quran, ayat Maaliki Yaum ad-Deen pada Surah al-Fatihah menekankan kepada setiap individu untuk mengakui dan mengiktiraf bahawa Allah adalah Penguasa dan Pemilik hari Pembalasan. Lantara kita ingin bertemu dengan-Nya, sudah tentu kita perlu mencari panduan lebih bagaimanakah kefahaman ayat ini dapat dipraktikalkan.



Berikut beberapa ayat al-Quran dan hadis yang berfokuskan kepada persediaan bertemu Yang Maha Esa. Persediaan itu ada kaitan dengan kejayaan di dunia yang akan diwarisi – itulah legasi.

Inilah ayat yang dirujuk sebagai pembuka kepada al-Quran.

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

Jika ingin bertemu si Penguasa, perlu dibawa warisan ke akhirat yang dicari di dunia. Inilah legasi yang kita perlu bina di dunia ini.


2. Allah menerangkan konsep waris syurga seperti mana dalam Surah al-Mukminoon



Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Harta warisan dari ayah ibu dicari oleh si ayah atau ibu kita. Namun ‘harta warisan syurga’ hanya boleh dicari oleh diri sendiri. Persediaan itulah yang dinamakan legasi – agar pahalanya terus sampai ke syurga.


3.  Pelbagai perkara di atas muka bumi ini seperti harta dan anak ialah perhiasan yang akan menjadi liabiliti – bukan aset kecuali apabila ia memberi manfaat baik (soleh) kepada dunia. Usaha untuk menukar semua liabiliti kepada aset ini ialah satu usaha membina  legasi yang perlu dirancang dengan strategi yang baik.



Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

4. Hadith tentang membina amal yang pahala berpanjangan – amalan yang menjadi legasi sampai ke akhirat sana.



Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.  (Hadith riwayat Imam Muslim)



Moga kita terus bersemangat untuk membina legasi sampai ke syurga.


Kredit Untuk : Fazrul Ismail / Akademi Sinergi

No comments:

Post a Comment