Tuesday 21 October 2014

#01 Tips Blogger : Mencipta akaun Blog

Assalamualaykum dan Salam sejahtera.

Bagaimana untuk Mencipta akaun Blog. Terdapat banyak pilihan blog yang boleh kita pilih mengikut keselesaan kita. Jika saya, saya memilih Blog yang disediakan oleh Google iaitu Blogger (www.blogger.com). Pengalaman saya, menggunakan perkhidmatan blogger sangat mudah dan mesra pengguna. 




Berikut adalah kaedah langkah demi langkah bagaimana untuk anda mencipta blog anda sendiri menggunakan aplikasi  Blogger :

1.Klik pada sign up jika belum ada akaun gmail



2.Isikan butir butir dalam form  yang disediakan  dan klik pada next step




3.Anda akan dibawa ke langkah ke2  iaitu create your profile dan klik ke next step





4.Langkah ke 3. anda Berjaya membuat akaun blogger. klik back to blogger untuk confirm profile anda.



5.Klik Continue to blogger



6.Anda dibawa ke dashboard blogger, Klik pada new blog






7. Masukkan tajuk blog dan alamat blog anda dan pilih template yang dikehendaki. Kemudian  klik create blog.


Perhatian pada langkah 2:
disini anda perlu masukkan alamat blog. Andai nama blog anda  tidak diterima untuk didaftarkan, selalunya nama alamat yang diingini  telah digunakan oleh org lain. Jadi pilih nama yang sesuai tetapi tidak digunakan oleh orang lain.


Nama blog ini telah digunakan oleh orang lain.
Alamat blog ini boleh di daftarkan kerana belum digunakan orang lain.

8.Anda dibawa kembali ke dashboard..... Seterusnya klik pada start posting



9.Masukkan tajuk artikel pada title …taipkan artikel pada ruangan yang disediakan dan klik publish untuk memaparkan posting anda.





nota:Bagi anda yang sudah mempunyai akaun gmail,anda boleh sign ke blogger dan anda bermula dengan langkah yang keenam

No comments:

Post a Comment